Produk Terbaru

Shafi - Gedung Kesihatan & Kecantikan

Selamat datang ke shafi. Disini anda boleh membeli produk-produk jamu, produk kesihatan, produk kosmetik dan kecantikan dengan harga yang jauh lebih murah dari harga pasaran.

Semuanya dijamin original kerana kami membelinya terus dari pemborong sah produk-produk tersebut. Anda boleh cuba beli dan sahkan sendiri.

Saya pernah kena tipu dengan penjual online sebelum ini, jadi apa beza shafi dengan seller online yang lain?

Pertama, kami simpati kerana anda pernah ditipu. Kami juga marah dengan seller-seller online lain yang menipu sekaligus memalitkan nama buruk pada bisnes online secara amnya.

Shafi telah lama berniaga online menjual produk-produk kesihatan dan kecantikan sejak tahun 2008 lagi.

Kami juga mempunyai fan lebih 20 ribu orang di facebook. Anda boleh layari facebook kami https://www.facebook.com/shafi.my

Sekiranya anda biasa beli produk online, sudah pasti anda pernah dengar jenama SHAFI meniti bibir ramai wanita-wanita :))

Harga Shafi terlalu murah jika dibandingkan dengan seller lain. Jual produk tiruan ya?

Uish… kami telah berniaga sejak 2008. Mustahil kami boleh kekal selama itu jika kami menjual produk tiruan.

Kami menjual produk kesihatan dan kecantikan. Jika muka pelanggan rosak akibat dari penggunaan produk tiruan, tak ke haram rezeki kami.

Segalanya original habaq hang bak, kata orang kedah.

Boleh Rekemenkan Produk Yang Sesuai Untuk Saya?

Shafi.my hanyalah penjual produk-produk kesihatan dan kosmetik. Kami bukan pengeluar atau pembuat produk-produk tersebut. Jadi kami tak tahu keberkesanan sesuatu produk yang dijual dilaman web kami.

Terdapat lebih 800 jenis produk didalam laman web shafi.my. Jadi apa yang kami boleh bantu anda adalah dengan mencadangkan produk-produk yang banyak dapat respon dari pelanggan. Kadang-kadang kami juga rekemen produk-produk yang banyak pelanggan lain beli.

Selebihnya bergantung pada keserasian produk tersebut dengan diri anda. Kadang-produk produk A sesuai dengan customer Z tapi bila customer X pakai tak sesuai pula. Jadi begitu la situasinya. Jadi bila anda membeli produk di shafi.my sebaiknya anda dah tahu sama ada produk tu sesuai atau tidak dengan anda.

Kami tak mahu menipu pelanggan kami dengan memberikan janji-janji kosong seperti produk sekian-sekian selepas 2-3 minggu boleh kurus dan sebagainya. Segala info dalam web shafi adalah berdasarkan maklumat yang diberi oleh pihak pengeluar/pembekal produk.

Macam mana nak beli produk dengan Shafi?

Mudah je nak beli. Klik mana-mana produk yang anda minat. Biasanya cara beli ada diatas gambar produk.

Secara ringkasnya

Anda bank in duit > Anda sms order > Shafi proses > Shafi Pos > Shafi sms tracking no > Anda terima barang.

Saya Beli Lebih 1 Barang, Berapa Kos Pos?

Berapa banyak produk anda beli, kos pos tetap rm7 untuk seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak.

Cuma apabila jumlah pesanan anda rm150 dan keatas, pos adalah percuma. Yeah…

Saya Dah Sms Order, Bila Pesanan Saya Akan Sampai?

Kebiasaannya pesanan anda akan diproses dalam masa 1-2 hari bekerja. Selepas pesanan anda dipos, pihak kami akan sms tracking number ke handphone anda.

Kebiasaanya untuk kawasan bandar disemenanjung Malaysia, pesanan anda akan tiba dalam masa 1-2 hari bekerja.

Untuk kawasan bandar Sabah dan Sarawak, kebiasaannya 1-4. Untuk kawasan pendalaman, kebiasaannya agak lambat.

Pihak kami memohon maaf sekiranya anda menerima produk yang dipesan agak lewat walaupun kami dah lama pos. Masalah ini kadang-kadang berpunca dari syarikat penghantaran dan perkara ini diluar kemampuan kami.

Sekiranya anda tidak menerima tracking kod selepas 2 hari berkerja, sila sms kami di 016-9054888 untuk bantuan. Kadang-kadang pihak kami terlepas pandang sms anda ataupun kami terlupa untuk sms tracking kod kepada anda.

Barang Harga RM43, Saya Bank In Rm50. Baki Shafi.my Pulangkan Tak?

Sila maklumkan dalam sms bila anda menghantar pesanan ke 016-9054888 berkenaan baki tersebut. Dan sila sms no akaun Maybank atau CIMB atau Public Bank untuk kami pulangkan baki. Kami tidak akan pos baki wang bersama order anda atas sebab-sebab keselamatan.

Jika anda tidak maklumkan berkenaan baki, kami anggap anda halalkan baki tersebut untuk kegunaan kami.

Pesanan Saya Akan Dipos Guna Apa?

Setiap pesanan pelanggan, shafi akan pos menggunakan PosLaju. Walaupun mereka mempunyai kekurangan, tapi setakat ini mereka yang terbaik.

Saya Ada Perbankan Internet Dengan Bank Lain, Boleh Ke Saya GIRO Ke Akaun Shafi?

Boleh, tiada masalah. Anda boleh buat pindahan wang menggunakan kemudahan GIRO. Klik pada menu GIRO, kemudian masukkan maklumat bank kami. Pilih saja sama anda mahu transfer ke maybank, cimb atau public bank.

Pemindahan dari bank berlainan(GIRO) akan mengambil masa 1 hari bekerja. Sebagai contoh anda mempunyai akaun dengan bank islam. Anda transfer duit dari akaun bank islam ke akaun maybank kami, biasanya esok baru duit tersebut akan muncul di akaun bank kami.

Kami hanya akan pos pesanan anda apabila wang tersebut muncul diakaun kami. Kami minta anda bersabar sementara pembayaran tersebut “clear”.

Saya tak yakin la beli online. Nak datang kedai Shafi boleh?

Setakat ini kami tak mampu membuka kedai lagi. Jadi tiada pembelian terus kecuali anda beli online dengan kami dan kami pos ke anda.

Kami ada peracangan untuk membuka kedai disekitar KL tapi modal belum mencukupi. Doakan kami dan support la bisnes kami. InsyaALLAH satu hari nanti kami akan berjaya buka kedai hasil doa dan sokongan anda semua :))

Info Produk Terbaru Terus Ke Email

Langgan mailing list Shafi dan jadi antara mereka yang terawal menerima berita-berita terbaru dari kami seperti:

  • Produk-produk terbaru.
  • Diskaun-diskaun hebat.
  • Pembukaan cawangan terbaru Shafi.
Close this popup